Masih banyak yang skeptikal dengan pelaburan emas. Kenapa? Kerana merasakan wang mereka hilang bila beli emas. Hehe.. inilah persepsi yg sangat tidak betul. Beli emas tak sama macam beli handbag jenama LV atau plasma TV 42 inchi.
Emas Sebagai Alternatif Portfolio Pelaburan
Beli Emas Sekarang! Ini Peluang Terbaik..
Price Correction berlaku lagi, kali ini turun lebih kurang 5% dari harga kemuncak 1226.40. Kegilaan harga emas sepanjang November disentap buat pertama kalinya di awal Disember. Kalau anda pelabur emas, penurunan ini tentu bukan sesuatu yang membimbangkan bukan? Apa sebabnya?

1. Fundamental pelaburan emas mestilah jelas. Ianya pelaburan jangka sederhana & panjang. Kalau anda beli emas hari ni dan harap kenaikan mendadak untuk dijual esok atau minggu depan, emas bukanlah jawapan. Lebih baik anda cuba saham atau forex.
2. Jika anda pelabur emas sejati, waktu sebegini (price correction) adalah waktu tepat utk anda membeli lebih banyak emas lagi. Gunakan dollar cost averaging untuk memaksimakan keuntungan. Jangan emosi dengan pasaran, tapi ambil kesempatan disetiap peluang.
Ar-rahnu Tak Terima Emas Jongkong, Syilling?
Berita ini belum dapat saya pastikan sendiri dengan bank terbabit. Hanya mendengar dari facebook dan networking rakan emas. Sebabnya, baru dua hari lepas saya ar-rahnukan dinar emas saya. Takde pula masalah. Tup tup, malam semalam dapat tahu emas jenis jongkong, bar, wafer & syiling tidak lagi diterima untuk gadaian di ar-rahnu berkuatkuasa 12.00 tgh malam 2/12/09. Khabarnya arahan datang dari Bank Negara. Khabarnya juga syilling kijang emas keluaran Bank Negara sendiri turut tidak terkecuali!
Wah! Kalau benar berlaku, harap ianya utk tempoh sementara waktu. Mungkin ada pihak tak bertanggungjawab yang gadai emas curi atau emas palsu yg telah merugikan pihak tertentu. Mungkin juga ada yang menyertai skim emas tertentu, rugi lalu menggadai emas tanpa niat utk dituntut semula. Wallahu’alam.
Kilauan Emas Kian Menyerlah
Pancaran sinar si logam kuning tampak makin menjadi-jadi. Baru 2-3 hari duduk di paras market correction, tiba-tiba zuuppp dia naik lebih tinggi mencecah rekod baru lagi. Sebentar shj tadi emas mencecah USD1217.90 se ounce (lebih kurang RM133 per gram). Jika anda baca artikel saya yg lepas, ada saya nyatakan emas akan cecah USD1200 se ounce dalam masa terdekat. Tapi siapa nak percaya masa tu tak? Siapa sangka ianya akan berlaku sepantas ini. Saya sendiri meramalkan ianya berlaku hujung tahun 2009.
Gadai Dinar Emas Public Dinar di Ar-Rahnu Bank Rakyat
Salam Emas Semua,
Apa khabar kawan-kawan? Harga emas masih dalam keadaan support level sejak raya haji yang lalu. Kalau ada yang ternanti-nanti peluang untuk beli emas, inilah masanya. Bak kata pepatah ekonomi, market correction sedang berlaku sebelum harga emas kembali melambung (bullish), insya Allah..
Kesempatan ini saya ambil untuk menggadaikan dinar emas Public Dinar (10 dinar, 42.5g, 916/22k). Saya sampai Bank Rakyat pukul 2.20pm tadi, terus semak harga emas di papan elektronik seperti di bawah.

Nak ambil nombor tapi pakcik jaga tak bagi sebab katanya pegawai ar-rahnu tiada. Lepas 10 minit baru bagi nombor so saya tunggu lebih kurang 10 minit sebelum dipanggil masuk ke bilik ar-rahnu.
Salam Aidil Adha Dari WarungEmas Dot Com :)
Sempena hari perayaan ni, WarungEmas Dot Com ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji bagi yang berada di tanah suci – semoga beroleh haji yang mabrur. Bagi yang tak berpeluang atau belum berkesempatan menunaikan rukun Islam ke-5 itu, Selamat Beribadah Korban diucapkan.
Sedikit update tentang perkembangan harga emas. Kalau sebelum ni harga mencanak-canak naik, malam raya ni nampaknya turun banyak sikit. Bagi yang ternanti-nanti harga emas turun inilah peluang untuk lock harga.
Mungkin juga ini petanda bagi yg belum sampai seru. Beli emas 50 gram hari raya haji tahun ni (lebih kurang RM7,000) insya Allah dengan emas itulah kita dapat cover kos haji 4 tahun lagi. Tahun 2013 nanti agaknya harga emas segram dah RM250. mana tau? hehe
The Economic Revolution of The Gold Dinar
Salam Emas,
Kalau anda ada kelapangan, bolehlah hadir ke seminar ini. Tambah ilmu tentang emas, tambah kesedaran tentang keburukan sistem ekonomi wang fiat.









